Sunday, January 31, 2010

Hartanah adalah satu perniagaan

 Proses-proses dalam pembelian tanah adalah seperti berikut:

1.    Mencari dan Membuat Lawatan Ke Beberapa Tapak @ Lokasi Pilihan Untuk Penilaian
Proses mencari tanah pilihan yang strategik adalah satu proses yang rumit dan memakan masa. Oleh itu, pihak wm3group menggunakan broker & rakan kongsi untuk meninjau tanah-tanah yang terletak pada lokasi strategik. (komisyen yang menarik disediakan oleh wm3group). wm3group juga membuka peluang kepada pemilik tanah yang berminat untuk memajukan hartanah mereka dengan tawaran menarik dan menguntungkan.

2.    Mengadakan Mesyuarat Di Antara Pengarah & Rakan Kongsi Untuk Pilihan Lokasi Mengikut Strategik & Sambutan
Selepas mengenalpasti tanah pilihan, kami akan membuat penilaian keatas tanah tersebut. Disini perlunya kepakaran dalam proses penilaian. Antara faktor pemilihan adalah lokasi, permintaan, harga, kos proses yang bakal terlibat dan status tanah. Kami akan membuat tinjauan di tanah tersebut berkali-kali sebelum membuat keputusan membeli bagi menjamin keuntungan.

3.    Setelah Keputusan Dibuat, Lokasi Pilihan Dipanjangkan Kepada Juruukur & Pengurusan Untuk Proses Seterusnya
Setelah mendapat persetujuan semua pihak, Kami akan memanggil juruukur dan membuat penilaian untuk proses pemecahan sempadan & lot, disini sekali lagi proses penilaian dan jangkaan keuntungan dilihat.

4.    Proses Belian Dilaksanakan & Membuka Peluang Kepada Rakan Kongsi Untuk Join Venture Dengan Keuntungan Lumayan
Proses belian adalah dengan membuat rundingan secara terus dengan tuan tanah dan jikalau mendapat persetujuan harga. Pembayaran akan dijelaskan dan kami juga mengajak rakan kongsi untuk berkerjasama dengan pulangan keuntungan lumayan mengikut sistem musyakarah dan mudharabah.

5.    Proses Jualan Dibuka Dengan Harga Murah Bagi Menarik Minat Pembeli & Harga Yang Berdiskaun Bagi Rakan Kongsi
Dengan harga tanah murah yang kami tawarkan adalah harga yang sangat menarik dan  mampu dimiliki oleh semua pelanggan wm3group. Manakala rakan kongsi dapat membeli tanah dengan harga yang berdiskaun yang wm3group tawarkan mengikut lokasi. Tujuan kami adalah setiap lot mesti dijual habis mengikut masa yang ditetapkan.


Setelah Genap 6 Bulan @ Setahun, Setiap Daripada Keuntungan Yang WM3Group tawarkan akan di bahagi kepada rakan Kongsi
Proses pembayaran keuntungan adalah mengikut perjanjian peguam yang di setujui bersama. Rakan kongsi akan menerima duit pokok berserta keuntungan daripada hasil jualbeli hartanah yang wm3group niagakan. Keuntungan perniagaan hartanah adalah sangat lumayan & berbaloi.

Berminat untuk maklumat lanjut tentang usahasama perniagaan hartanah bersama wm3group anda boleh hubungi:

En.jeri      0199668718



VISI & MISI

    * Membuka peluang perniagaan dalam bidang Hartanah untuk rakyat Malaysia.
    * Menjadikan WM3GROUP syarikat Hartanah yang paling menguntungkan Rakan Kongsi.
    * Melahirkan seramai mungkin Jutawan Hartanah Bumiputera di Malaysia dalam WM3GROUP.
    * Menjadikan WM3GROUP syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia pada tahun 2020.
    * Menjadikan urusniaga Hartanah adalah perniagaan antarabangsa untuk WM3GROUP.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Ads Banner

Followers

HARTANAH ADALAH SATU PERNIAGAAN Copyright © 2010 amoky2k RedLand is Designed by Habib